fbpx
PASUKAN penyelamat ketika mengeluarkan dua kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta di Sungai Linggi, Port Dickson pada Khamis lalu. - MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

15 individu dipanggil kes dua beradik lemas di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seramai 15 individu termasuk ibu kepada dua beradik yang lemas selepas kereta dinaiki mengelongsor ke dalam Sungai Linggi di Jeti Tanjung Agas di Port Dickson, Khamis lalu direkodkan keterangan setakat semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, selain itu, keterangan turut diambil daripada saksi-saksi yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Katanya, setakat ini siasatan masih diteruskan termasuk mengenai status pengislaman si mati yang masih dalam tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa pada 5 September lalu mendapati punca kematian mangsa disebabkan lemas. Tiada unsur kekerasan ke atas mangsa.

“Siasatan memerlukan sedikit masa lagi untuk dilengkapkan bagi membolehkan siasatan yang adil dan telus dijalankan dari semua aspek melibatkan keterangan saksi, bukti forensik dan lain-lain elemen sebelum kertas siasatan dirujuk kepada pendakwa raya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Alzafny, setakat ini kedua-dua suspek masih direman sehingga 11 September ini untuk siasatan lanjut

“Polis mengalu-alukan orang ramai yang melihat kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan. Orang ramai juga diminta supaya tidak sewenang-wenangnya membuat spekulasi sehingga menjejaskan siasatan,” katanya.

Sebelum ini, polis menahan bapa mangsa dan seorang wanita berusia 41 tahun itu dipercayai kekasihnya kerana memberi keterangan meragukan berhubung kejadian lemas tersebut.

Semakan mendapati lelaki itu mempunyai 16 rekod kesalahan termasuk empat dikehendaki (wanted), manakala suspek wanita tiada rekod jenayah.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN