fbpx
KONATE bakal berhijrah secara percuma musim depan selepas kontraknya bersama Liverpool bakal berakhir Jun ini. - AFP

EPL: Konate cetus kemarahan peminat Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Masa depan pemain pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate untuk terus kekal di Anfield dilihat semakin kelam selepas dia bukan sahaja menolak tawaran kontrak baharu, tetapi membangkitkan kemarahan penyokong pasukan itu.

Selepas berjaya mengikat khidmat dua pemain pertahanan, Milos Kerkez dan Jeremie Frimpong, para peminat Liverpool kini mendesak kelab itu melengkapkan perpindahan Marc Guehi pada musim sejuk nanti untuk menggantikan Konate.

Mereka dipercayai sudah muak dengan sikap ‘tarik tali’ pemain itu selain kenyataan terbaharu mengenai keinginannya untuk meninggalkan Anfield dan menyertai kelab impian, Real Madrid.

Dalam satu temu bual bersama menyertai skuad Perancis menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia 2026, Konate ditanya mengenai spekulasi mengaitkannya dengan perpindahan ke Real dan jawapannya tidak menyenangkan peminat Liverpool.

Konate ditanya sama ada rakan senegaranya, Kylian Mbappe yang kini beraksi di Santiago Bernabeu memberikan tekanan untuk dia membuat keputusan menyertai Real.

“Mbappe memberi tekanan untuk saya menyertai Real Madrid? Dia menghubungi saya setiap dua jam,” jawabnya berseloroh.

Namun, jawapan itu tidak menggembirakan peminat Liverpool yang menggesa kelab itu menjualnya pada jendela perpindahan Januari dan membawa masuk Guehi sebagai pengganti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN