fbpx
Gambar hiasan

Siasatan kes kehilangan barangan tumpu kepada pematuhan SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis sedang meneliti aspek pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berhubung penahanan beberapa pegawai serta anggota yang dikaitkan dengan kehilangan barangan dari sebuah banglo inap desa tiga tingkat di Kajang baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan, perkara tersebut kini dalam siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Pegawai dan beberapa anggota polis yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan.

“JIPS IPK Selangor telah diarahkan untuk siasat dari aspek pematuhan SOP sama ada ia dilaksanakan atau sebaliknya ketika serbuan dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan kes berkenaan masih sedang dijalankan.

Kosmo! pada Rabu lalu melaporkan seorang pegawai kanan bersama beberapa anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ditahan selepas didakwa terlibat dalam kehilangan barangan peribadi bernilai ratusan ribu ringgit dari inap desa berkenaan.

Menurut Shazeli, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan pada 29 Ogos lalu berhubung kejadian itu.

Katanya, aduan awal diterima daripada jiran sekitar lokasi yang memaklumkan wujud gangguan bunyi bising kerana aktiviti hiburan yang dipercayai berlangsung dari tengah malam sehingga awal pagi.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN