SHAH ALAM- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah mempunyai calon yang akan menjadi Ketua Menteri Sabah sekiranya Perikatan Nasional (PN) dan rakan sekutunya di negeri itu pilihan raya itu kelak.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau memberi jaminan calon tersebut pastinya orang Sabah dan bukannya daripada negeri lain.
“Sudah pasti (kita sudah ada calon Ketua Menteri Sabah). Nasib negara ini bergantung di tangan generasi muda seperti Hilman (Ketua Armada).
“Semua tokoh di hadapan ini mereka bersama kesemua kepimpinan di Sabah mampu mengambil alih serta memperjuangkan masa depan rakyat lebih baik,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perasmian Sayap-Sayap Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2025 di Pusat Konvensyen IDCC di sini, hari ini.
Apabila ditanya siapa calon Ketua Menteri Sabah, Hamzah enggan mendedahkan siapa yang dipilih Bersatu namun akan memaklumkan perkara tersebut beberapa hari sebelum berlangsungnya PRN Sabah. – KOSMO! ONLINE