fbpx
David Balisong telah diserahkan kepada keluarganya.

Tiada kecederaan, David Balisong diserahkan kepada keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Remaja Britain, David Balisong,17, yang ditemui di sebuah hotel di Jalan Pudu, semalam selepas dilaporkan hilang sejak 7 Jun lalu telah diserahkan kepada keluarganya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, remaja berkenaan akan dibawa pulang ke Britain susulan visa lawatannya tamat hari ini.

“Mangsa kini telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) KLIA untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fadil berkata, remaja berkenaan berjaya ditemui oleh sepasukan polis sekitar pukul 5.17 petang semalam, hasil maklumat daripada individu dikenali Uncle Kentang.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan meninggalkan rumahnya di Britain berpunca daripada perselisihan faham dengan keluarga.

“Mangsa telah di bawa ke Hospital Cyberjaya untuk mendapatkan rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan disahkan mangsa tidak mengalami sebarang trauma atau kecederaan,” jelasnya.

Tambah Fadil, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang membantu sehingga mangsa berjaya ditemui semula.

Balisong, seorang pelajar cemerlang dari Cheadle, Greater Manchester, meninggalkan rumah pada awal pagi 6 Jun dan memberitahu abangnya dia mempunyai urusan di sekolah.

Sebaliknya, remaja itu seorang diri menaiki penerbangan dari Manchester ke Kuala Lumpur.

Remaja itu sempat membuat pesanan melalui e-mel kepada ibunya pada 9 Julai lalu.

Antara kandungan e-mel tersebut adalah luahan Balisong supaya jangan bimbang dan cuba mencarinya selain mendoakan kesemua ahli keluarga supaya berjaya dalam kehidupan serta memohon maaf kerana melakukan perkara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN