fbpx

‘Saya orang Cina pun rasa jijik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial Mekyun kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang merebus daging khinzir dalam cerek elektrik hotel.

Menurut Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, 28, tindakan tersebut disifatkan sebagai kurang ajar kerana menyebarkan bakteria dalam perkakas elektrik yang akan digunakan ramai.

“Saya sangat terganggu sebab tidak sangka wujud manusia yang merebus dagung khinzir dalam cerek hotel.

“Cerek itu bukan untuk merebus daging ya. Bila masak daging begitu, semua bakteria dan lemak akan melekat dalam cerek tersebut.

“Kemudian orang lain akan guna cerek sama untuk masak air, buat teh dan kopi. Sangat menjijikkan, kotor serta tidak bersih langsung,” katanya dalam video TikTok baru-baru ini.

Terkilan dengan tindakan tersebut, Mekyun berkata, tindakan individu terbabit tidak beradab kerana akan menyusahkan pihak lain terutama mereka yang beragama Islam.

“Mereka yang buat begitu memang tidak ada adab, ‘common sense’ dan tiada rada hormat langsung pada orang lain.

“Kalau sesuatu benda seperti cerek atau periuk terkena daging khinzir, orang Islam memang tak boleh sentuh benda itu sebab sudah menjadi haram.

“Bayangkan kalau dalam bilik itu, orang Islam nak guna cerek tetapi pernah diguna untuk masak daging khinzir. Bukankah itu satu penghinaan dan buat orang rasa tidak selamat langsung?” ujarnya.

Dalam hantaran sama, dia menasihatkan orang ramai tidak melakukan perkara sama dan seharusnya saling menghormati bangsa serta agama lain.

“Sebagai berbangsa Cina, saya sendiri pun malu bila nampak benda begini.

“Jadi, tolong jangan buat lagi perkara menjijikkan dan tidak beradab ini.

“Ingat ya, kita perlu ada kesedaran dan hormat serta menjaga kebersihan adalah perkara asas,” jelasnya.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan individu merebus daging dipercayai khinzir dalam sebuah cerek hotel namun tidak dinyatakan lokasi kejadian tersebut.

Video tular tersebut meraih ribuan respons ramai yang menyifatkannya sebagai menjijikkan dan tidak beradab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN