JAKARTA – Penduduk di Pamekasan, wilayah Jawa Timur terkejut apabila seorang lelaki meminta agar dirinya dimasukkan ke dalam keranda lalu diusung sejauh lebih 5 kilometer, lapor portal berita Lambe Turah.
Lelaki tersebut dikenali sebagai M Zaini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan orang ramai mengusung keranda tersebut di tengah jalan raya.
Seorang penduduk dikenali sebagai Junaidi berkata, keranda itu diusung sejauh lebih 5 kilometer dari Dusun Kendal.
“Zaini sendiri yang meminta untuk dimasukkan ke dalam keranda seperti jenazah. Bahkan, pengusung juga dibayar 2.5 juta rupiah (RM647),” kata Junaidi.
Rakaman itu mencatatkan 25,100 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Mungkin dia mengidam naik keranda,” kata seorang netizen. – AGENSI