fbpx
DZULKEFLY (tengah) ketika mengadakan lawatan rasmi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar, Johor, hari ini.

Hospital Pasir Gudang beroperasi penuh pertengahan 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Hospital Pasir Gudang (HPG) dijangka beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun hadapan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, perkembangan itu antara perkara yang dimaklumkan ketika menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) hari ini.

“Kami telah menghadap Pemangku Sultan Johor, saya bersama dengan pengurusan tertinggi, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Suriani Ahmad dan Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Mahathar Abd. Wahab.

“Atas keprihatinan Tunku untuk tahu khasnya lebih dekat berkenaan persiapan dalam mengoperasikan HPG, jawapan secara jujur telah diberikan iaitu kami akan berusaha keras membuat persiapan mengoperasikan HPG secara penuh pada pertengahan tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan rasmi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohtar Pungut.

Jelasnya, ketika ini HPG telahpun beroperasi pada tahap 20 peratus melibatkan Jabatan Kecemasan serta Jabatan Pesakit Luar dan kapasiti itu akan ditingkatkan merangkumi jumlah pakar, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan jururawat.

“Tunku bertanyakan akan perkara-perkara yang terkait dengan sumber manusia dan bagaimana kita mahu mengatasinya, kami telah berikan penerangan. Baginda mahu kita memberikan tumpuan supaya dapat mengoperasikan HPG pada waktu yang kita cadangkan.

“Kita telah mengambil langkah secara menyeluruh melihat bagaimana bekalan tenaga kerja ini dapat atasi, seluruh negara kita kenal pasti kekurangannya dan sedang mengambil langkah. Kita punya rancangan mengatasi kekurangan kakitangan ini,” ujarnya.

Dzulkefly berkata, susulan pemakluman itu juga pihaknya akan memberikan tumpuan khusus kepada HPG agar jumlah kekurangan tenaga dapat diisi dengan segera. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI