fbpx
SESKO cuma diturunkan sebagai pemain gantian di separuh masa kedua dalam dua aksi EPL setakat ini. - AFP

Man. United tak boleh ‘peram’ Sesko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Gary Neville menggesa pengurus, Ruben Amorim supaya menurunkan penyerang baharu, Benjamin Sesko pada pusingan kedua Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Grimsby Town d Blundell Park awal pagi esok.

Biarpun bekas pemain RB Leipzig itu dianggap masih belum dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan United, namun Neville enggan Sesko terus ‘diperam’ memanaskan bangku simpanan.

Beliau menganggap aksi menentang Grimsby merupakan peluang terbaik buat Sesko untuk membuka akaun jaringan bersama United, sekali gus memberi lebih keyakinan buat pemain berusia 22 tahun itu.

“Memang benar Sesko belum benar-benar menyesuaikan diri dengan pasukan apabila melihat aksinya ketika bertemu Fulham. Semua orang boleh nampak dia masih kurang dari segi stamina dan kepantasan.

“Bagaimanapun, Amorim perlu menurunkan Sesko ketika berdepan Grimsby nanti dan dia harus dibarikan peluang bermain 90 minit. Inilah satu-satunya cara untuk dia menyesuaikan diri dengan cepat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui bingung apabila melihat United bergelut untuk mengekang asakan demi asakan dilakukan Fulham pada Ahad lalu selepas Amorim melakukan beberapa pertukaran pemain.

“Saya rasa pelik dan bimbang aksi menentang Fulham apabila United dilihat menjadi semakin lemah selepas pertukaran pemain dibuat. Semua orang boleh nampak Fulham lebih berbahaya ketika itu,” ujar Neville. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI