DI hujung 90 minit yang penuh debar, lahirlah satu detik abadi dalam sejarah bola sepak wanita negara. Henrietta Justine muncul wira apabila tampil sebagai pemecah kebuntuan pada minit ke-82, memanfaatkan kekeliruan di benteng pertahanan Tajikistan untuk merobek gawang lawan. Jaringan tunggal itu memastikan kemenangan tipis 1-0 buat Malayan Tigress dalam aksi Kelayakan Piala Asia Wanita Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Dushanbe, Tajikistan pada Julai lalu. Detik itu menjadi momen paling membanggakan bagi anak kelahiran Sabah tersebut kerana menjadi penentu……