fbpx
Gambar hiasan

Dewan Rakyat: Malaysia mampu tangani ancaman, ugutan kerana perjuangkan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia mampu menangani sebarang ancaman atau ugutan disebabkan pendirian negara ini yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, pendirian Malaysia terhadap Palestin adalah konsisten berlandaskan prinsip kemanusiaan dan faktor agama.

“Malaysia mempunyai sokongan kukuh di pelbagai platform antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan ASEAN.

“Ini memperkukuh suara negara dalam membela rakyat Palestin,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamad berkata, konflik di Palestin telah meragut lebih 60,000 nyawa rakyat Palestin dan mencederakan hampir 150,000 orang.

Kata beliau, konflik itu turut menjejaskan kestabilan serantau melibatkan negara seperti Lubnan, Iran dan Syria serta global.

Tambah beliau, ia turut menimbulkan implikasi kepada kepentingan Malaysia dari segi ekonomi, perdagangan, tenaga dan keselamatan rakyat negara ini di rantau berkenaan.

“Dasar luar Malaysia terhadap Asia Barat kekal menyeluruh, berprinsip dan pragmatik dengan menekankan pendekatan diplomatik serta kerjasama erat bersama negara berkepentingan bagi mencari penyelesaian damai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI