fbpx
Asyraf Wajdi.

Mara ingatkan ibu bapa cakna isu buli di MRSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ibu bapa digesa lebih peka terhadap perkembangan anak-anak mereka bagi mengesan tanda awal menjadi mangsa buli termasuk perubahan emosi seperti kemurungan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sekiranya berlaku aduan berhubung kes buli, ibu bapa boleh melaporkannya terus kepada pengetua sekolah.

Katanya, jika tiada tindakan diambil, mereka juga berhak membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang.

“Saya sudah tegaskan berkali-kali kepada semua pengetua MRSM, jangan sesekali memandang mudah isu buli. Jangan sembunyikan semata-mata mahu menjaga reputasi. Jika ada aduan, wajib disiasat dan diambil tindakan segera.

“Malah, Mara tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengurusan MRSM atau institusi pendidikan di bawah Mara yang sengaja tidak mempedulikan laporan ibu bapa,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata, terdapat kes berkaitan di Mahkamah Persekutuan yang boleh dijadikan sandaran (precedent case) bagi ibu bapa yang mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang cuai atau menyembunyikan isu buli.

Kosmo! sebelum ini melaporkan enam pelajar Tingkatan Lima sebuah MRSM di Melaka telah digantung persekolahan dan berkemungkinan akan dibuang sekolah susulan penglibatan mereka dalam kes buli.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI