PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak memberikan bunga kepada ibunya selepas tamat menjalani kursus di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan mengundang sebak dalam kalangan orang ramai.
Menerusi video tular dimuat naik ibu saudara kanak-kanak tersebut pada TikTok mimimaneess memperlihatkan anak buahnya sedang berdiri sambil memegang bunga di dalam sebuah dewan.
Kemudian kelihatan ibu kanak-itu berjalan ke arah anaknya serta mencuit dari belakang dan sebaik dia terlihat wanita itu, kanak-kanak tersebut tersenyum keriangan sambil menyerahkan bunga yang dipegang.
Ibu kanak-kanak itu mengambil bunga berkenaan dan memberi ciuman kepada anaknya sambil bergenang air mata.
Hantaran video itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial selain sebak melihat gelagat wanita serta kanak-kanak berkenaan.
“Kak memang nak semua nangis ke?,” komen pengguna TikTok Farahh.
“Nangis seorang lah kak, asal ajak saya sekali,” kata Aisyah.
“Kak tak payah lah ajak orang lain nangis sekali. Saya ni gengster tau, dah turun air mata,” komen Reen. – KOSMO! ONLINE
@m1ssmimiiiii main jiwa tau sikecik ni 🥲🥲 #fyp #pulapaskluang #jpam ♬ original sound – 𝔎𝔶𝔲𝔫𝔧𝔦