fbpx
Trump menandatangani pengisytiharan ulang tahun ke-4 bagi serangan pengganas Abbey Gate di Pejabat Oval semalam. - AFP

Trump arah hukuman penjara jika cemar imej bendera Amerika Syarikat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menghapuskan jaminan tanpa tunai bagi penjenayah yang ditangkap di Washington, D.C dan mendakwa individu yang membakar bendera Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita United Press International. 

Keputusan itu dibuat selepas Trump mengambil alih penguatkuasaan undang-undang di rantau tersebut. Menurutnya, program ikat jamin tanpa tunai menyumbang kepada peningkatan jenayah di Washington. 

Selain menamatkan program jaminan tanpa tunai, Trump secara rasmi akan mendakwa individu yang sengaja mencemarkan bendera Amerika Syarikat. 

Perintah itu turut mengarahkan Peguam Negara Pam Bondi untuk ‘mendakwa pelaku yang melanggar undang-undang dengan cara mencemarkan bendera serta meneruskan litigasi untuk menjelaskan skop Pindaan Pertama’. 

“Membakar bendera Amerika Syarikat akan berdepan hukuman penjara selama setahun,” kata Trump pada acara menandatangani perintah itu semalam. 

Bondi berkata, undang-undang terhadap pembakaran bendera tidak bertentangan dengan Pindaan Pertama, Mahkamah Agung AS memutuskan pada 1989 bahawa ia dilindungi di bawah Pindaan Pertama berdasarkan kes Texas lwn Johnson.

Perintah itu juga menyasarkan warga asing dengan meminta pentadbiran persekutuan untuk ‘menafikan, melarang, menamatkan atau membatalkan visa, permit kediaman atau prosiding naturalisasi dan faedah imigresen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI