fbpx
Norliza (dua dari kanan) menyantuni Ahmad Fadli dan ibunya semasa Program Ziarah Kasih Simpan SSPN pada 2 Ogos lalu. Foto IHSAN PTPTN

Pelajar cemerlang SPM terima bantuan PTPTN sambung pengajian di IPG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan bantuan RM2,000 melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) Prime kepada Ahmad Fadli Baharudin, yang bakal melanjutkan pengajian ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar.

Bantuan tersebut disampaikan Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim bersama Ketua Eksekutif, Ahmad Dasuki Abdul Majid menerusi Program Ziarah Kasih Simpan SSPN di kediaman Ahmad Fadli di Taman Gasing, Jejawi, Perlis pada 2 Ogos lalu.

Ahmad Fadli, yang memperoleh keputusan cemerlang 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berasal daripada keluarga asnaf dimana ibunya kini terlantar sakit, manakala bapanya telah meninggal dunia.

Norliza berkata, bantuan itu diharap dapat meringankan beban Ahmad Fadli sekeluarga serta menjadi dorongan untuknya terus berusaha dalam menuntut ilmu.

“Kami amat berbesar hati dapat membantu saudara Ahmad Fadli dalam meneruskan pengajian. Ini membuktikan komitmen kami dalam menyokong pelajar yang berpotensi dan berbakat untuk terus maju dalam kehidupan.

“Menerusi Program Ziarah Kasih Simpan SSPN, PTPTN berpeluang bukan sahaja menyantuni keluarga kurang berkemampuan, malah turut membawa keceriaan kepada keluarga di samping memberi dorongan kepada pelajar agar terus tekun menimba ilmu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Norliza, PTPTN juga berharap agar masyarakat lebih prihatin terhadap keperluan komuniti sekeliling dan pada masa yang sama mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak supaya lebih ramai keluarga dapat dibantu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI