fbpx
Ummu Haiman (kanan) pada selepas prosiding hujahan di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Afidavit baharu individu ‘A’ dalam kes Allahyarham Syamsul Haris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pasukan peguam mewakili ibu Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin mengesahkan telah memfailkan afidavit baharu di Mahkamah Tinggi di sini, berhubung permohonan kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor digali semula.

Datuk Naran Singh yang merupakan peguam mewakili Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata, afidavit baharu yang difailkan pada Sabtu lalu, membabitkan satu rakaman sesalinan audio dari seorang individu dilabel sebagai ‘A’ serta transkripsi.

“Kita sudah failkan afidavit baharu, pada Sabtu lalu. Ibu Syamsul Haris, telah beri saya satu rakaman USB seorang individu ‘A’ dan dia (A) kata dia lihat kejadian. Kita tengoklah. Kita tak nak dedahkan ‘A’ itu dulu sebab (atas) keselamatan dia,” katanya ketika ditemui selepas prosiding hujahan, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dapatan keputusan esok, peguam itu memaklumkan pihaknya berharap berpihak kepada mereka bagi mencari keadilan sebenar buat Syamsul Haris.

“Kita haraplah, kita semua harap satu keputusan demi keadilan (Syamsul Haris). Itu saja,” katanya.

Terdahulu, Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet memutuskan esok bagi keputusan permohonan Ummu Haiman supaya kubur anaknya digali semula.

Allahyarham Syamsul Haris, 22, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Selangor.

Berdasarkan notis usul yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Ummu Haiman menamakan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail dan Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam permohonannya, Ummu Haiman memohon perintah bagi mengarahkan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur melakukan satu post-mortem (bedah siasat) semula ke atas jasad anaknya dalam tempoh 14 hari selepas ia dikeluarkan.

Bedah siasat itu juga hendaklah dijalankan dengan kehadiran pakar forensik dan turut dihadiri peguam atau wakil daripada firma guaman Tetuan Naran Singh & Co.

Beliau juga memohon perintah bagi mengarahkan pakar forensik yang menjalankan bedah siasat mengeluarkan laporan dalam tempoh satu bulan dari tarikh ia dijalankan dan satu salinan laporan diberikan kepada peguamnya.

Turut dipohon, perintah yang mengarahkan Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah untuk melantik satu pasukan baharu dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mengambil alih tugas seperti yang dilakukan di dalam kes kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Ummu Haiman juga memohon perintah bagi mengarahkan Peguam Negara menjalankan satu Inkues bagi menyiasat punca kematian anaknya.

Semasa prosiding, Ummu Haiman Bee diwakili peguam Datuk Naran Singh.

Peguam Kanan Persekutuan, Nurul Huda Mohd. Salehuddin mewakili responden pertama manakala responden kedua diwakili Pengarah Pendakwa Selangor, Datin Kalmizah Salleh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI