fbpx
Siti Razmah berucap pada merasmikan Diskusi Isu Semasa Pendedahan Gerakan Era Baharu Dalam Motivasi Islam di Shah Alam hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

Waspada program motivasi metafizik tiada asas Islam – JAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Umat Islam diingatkan berwaspada dan tidak terjebak menyertai program motivasi berunsur metafizik dalam silibusnya yang tidak berasaskan ajaran Islam sahih.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Siti Razmah Idris berkata, ahli sufi Sunnah Wal Jamaah berteraskan al-Quran, sunnah dan turath ulama muktabar merupakan jalan sebenar memenuhi keperluan kerohanian umat Islam.

Jelasnya, sebahagian program motivasi kini bagaimanapun diserap dengan unsur luar yang rosak seperti fahaman Gerakan Era Baharu menerusi rawatan alternatif, pembangunan diri dan spiritual.

“Gerakan ini membawa unsur bercanggah dengan akidah Islam seperti pantheisme, reinkarnasi, pluralisme agama, penyelewengan wahyu dan syariat.

“Ia mudah menyerap dalam kursus pembangunan kendiri, seminar dan latihan minda yang seolah-olah neutral, namun membawa ajaran terpesong dengan turut menyasarkan belia serta pelajar,” katanya ketika berucap merasmikan Diskusi Isu Semasa Pendedahan Gerakan Era Baharu Dalam Motivasi Islam di sini, hari ini.

Menurut Siti Razmah, motivasi merupakan proses penting dalam membimbing dan mengekalkan tingkah laku bagi mencapai sesuatu matlamat yang diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI