KUALA LANGAT – Seorang wanita cedera ditikam suaminya sendiri dalam kejadian di sekitar Kanchong Darat di sini hari ini.
Mangsa kemudian diberikan rawatan awal petugas kesihatan di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan selanjutkan.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi mengesahkan kejadian tersebut dengan kes melibatkan pasangan suami isteri warga asing.
“Ya saya sahkan kejadian dengan siasatan kes melibatkan suami isteri warga asing. Mangsa stabil
“Kenyataan media mengenainya akan menyusul ,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo!.
Terdahulu, kejadian tersebut tular di media sosial dengan beberapa keping gambar dan video.
Berdasarkan hantaran di media sosial, suspek sebelum ini telah menipu seorang warga tempatan sebanyak RM15,000 berhubung pembinaan sebuah rumah selain ada membuat ugutan bunuh kepada isteri dan majikan isterinya. – KOSMO!ONLINE