fbpx
PAPARO (kiri) dan Timbalan Ketua Angkatan Bersenjata Indonesia, Jeneral Tandyo Budi Revita berjabat tangan semasa majlis pelancaran eksesais Super Garuda Shield di Jakarta hari ini. – AFP

Indonesia, Amerika, sekutu lancar Super Garuda Shield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Indonesia dan Amerika Syarikat(AS)  melancarkan latihan ketenteraan bersama selama lebih seminggu bermula hari ini dengan penyertaan 11 sekutu lain dalam eksesais bertujuan untuk memastikan kestabilan di rantau Asia-Pasifik.

Latihan tahunan dinamakan Super Garuda Shield itu berlangsung di Jakarta dan beberapa lokasi lain di Pulau Sumatera serta Kepulauan Riau hingga 4 September 2025.

Lebih 4,100 anggota tentera Indonesia dan 1,300 askar AS mengambil bahagian, disertai oleh peserta dari Australia, Jepun, Singapura, Perancis, New Zealand, Britain serta beberapa negara lain.

AS dan beberapa sekutu seperti Australia telah  menyuarakan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai peningkatan ketegasan China di rantau Pasifik, tetapi Washington sebelum ini berkata,  latihan sedemikian tidak ditujukan kepada Beijing.

Komander Komando Indo-Pasifik AS, Laksamana Samuel Paparo berkata, latihan tahun ini adalah Super Garuda Shield terbesar pernah berlangsung.

“Ia akan menjadi penghalang kepada sesiapa sahaja yang cuba untuk mengubah fakta di lapangan melalui keganasan berikutan keazaman kolektif semua peserta untuk menegakkan prinsip kedaulatan,” kata Paparo pada perasmian hari ini.

Program itu termasuk eksesais tentera, latihan pertahanan siber  dan tembakan peluru hidup, kata tentera Indonesia.

Indonesia mengekalkan dasar luar yang neutral dan cuba menjaga hubungan baik dengan Washington dan Beijing. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI