fbpx
YORO (kanan) didakwa menolak pemain Fulham sebelum terhasilnya gol pertama United ketika seri dengan Fulham. - Foto ihsan Manchester United

EPL: Manchester United jadi ‘kesayangan’ VAR – Silva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Fulham, Marco Silva menganggap Manchester United masih lagi menjadi ‘kesayangan’ Video Bantuan Pengadil (VAR) selepas seri 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Craven Cottage awal pagi tadi.

Menurut Silva, gol United sepatutnya dibatalkan kerana kekasaran yang dilakukan oleh Leny Yoro ke atas Calvin Bassey, selain sepakan penalti dihadiahkan kepada The Red Devils juga wajar dipersoal.

“Mungkin gol United boleh dibatalkan. Namun, saya tidak boleh katakan lebih kerana semua orang tahu dan melihat apa yang berlaku di atas padang.

“Setiap keputusan seperti memihak kepada mereka dan situasi ini jelas mengecewakan. Saya tidak mampu untuk mengkritik lebih lanjut kerana sukar untuk jelaskan kepada semua,” kata Silva.

Pada perlawanan itu, United meraih gol selepas tandukan Yoro berpunca daripada sepakan penjuru terkena badan Rodrigo Muniz dan masuk ke gawang sendiri.

Bagaimanapun, Fulham berjaya bangkit selepas Emile Smith Rowe meledak jaringan penyamaan pada penghujung saingan.

Mengulas lanjut, Silva mengakui taktikal Ruben Amorim sudah berada dalam ‘poketnya’ dan terbukti apabila barisan pemainnya mudah untuk mengekang setiap asakan The Red Devils.

“Kita tahu bagaimana cara mereka bertahan kerana ada ketika sehingga lima pemain turun menjaga gawang. Kita juga tahu cara mereka untuk mendominasi posisi tengah dan ianya cukup mudah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI