fbpx
Rafizi (kiri) bersedia berdepan Farhash di mahkamah.

Rafizi pertahan fakta, sedia jumpa Farhash di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan beliau menerima surat tuntutan ‘cease and desist’ daripada bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Wira Farhash Wafa Salvador.

Beliau berkata, surat bertarikh 22 Ogos 2025 itu menuntut supaya dirinya berhenti mengeluarkan kenyataan dan membuat permohonan maaf berhubung dakwaan berkaitan urus niaga sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Farhash.

Bekas Menteri Ekonomi itu bagaimanapun menyatakan bahawa penyataan tersebut adalah fakta dan bersedia mempertahankan fakta-fakta tersebut di mahkamah.

“Saya mengesahkan telah menerima satu surat dari Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co yang mewakili Datuk Wira Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertarikh 22 Ogos 2025 (yang dilampirkan bersama).

“Surat “cease dan desist” itu membuat tuntutan supaya saya berhenti mengeluarkan kenyataan dan meminta maaf, berhubung satu kenyataan saya yang mengesahkan pemberi maklumat adalah berkaitan urusniaga syarikat yang berkaitan beliau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, beliau telah menyerahkan perkara tersebut untuk tindakan selanjutnya kepada peguamnya, Razlan Hadri Zulkifli dari Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri.

“Saya berpandangan sekiranya Datuk Wira Farhash memfailkan saman di mahkamah kelak, ia akan menjadi kes berkepentingan awam dan peguam-peguam saya berpeluang menanyakan soalan-soalan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak selama ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI