PETALING JAYA – Seorang pengguna TikTok, @Niqi, menarik perhatian netizen selepas mendedahkan kisah hitam percintaannya selama tiga tahun yang didakwa penuh dengan penipuan, kecurangan serta manipulasi emosi oleh bekas kekasihnya.
“Saya langsung tak sangka lelaki yang saya anggap bakal suami rupa-rupanya seorang penipu,” katanya menerusi satu hantaran video yang tular di platform tersebut.
Menurutnya, sepanjang tiga tahun hubungan mereka, dia langsung tidak mengetahui sisi gelap lelaki terbabit yang dikatakan terlibat dengan penyalahgunaan dadah, alkohol dan hubungan dengan ramai wanita lain.
Malah, lelaki berkenaan didakwa turut menyekatnya daripada akaun media sosial utama dan hanya menunjukkan ‘versi baik’ dirinya melalui akaun yang dicipta khas untuknya serta beberapa rakan terdekat.
“Dia bukan saja tipu saya, tapi juga keluarga dan rakan-rakan saya. Siap buat perancangan kahwin, kumpul duit untuk majlis dan datang jumpa keluarga saya di kampung,” katanya.

Kebenaran terbongkar dia menerima panggilan daripada seorang wanita Eropah yang menawarkan bantuan peguam.
Bagaimanapun, selepas berbual lebih lanjut, dia menyedari lelaki itu sebenarnya menjalinkan hubungan cinta dengan wanita terbabit di belakangnya.
Dia turut mendakwa beberapa rakan lelaki itu telah memberitahu bahawa lelaki tersebut memang aktif menjalin hubungan dengan ramai wanita sepanjang tiga tahun mereka bersama.
“Dia ancam kawan-kawan dia untuk berdiam sebab katanya saya ‘stabil’, dan perempuan lain itu sekadar hiburan,” ujarnya.
Tambahnya, selepas didedahkan, lelaki itu bertindak agresif dan mengugutnya, menyebabkan dia berasa tidak selamat.
Walaupun dia mendakwa sudah mengumpul bukti, senarai mangsa lain dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa, lelaki itu masih bebas dan aktif di media sosial serta aplikasi janji temu. – KOSMO! ONLINE
@niqi.a If you happen to watch this? Pls watch my other videos ro be updated ln my case! Sorry, this one’s raw. Not edited, not scripted. Just me, being human, sharing my story. All I ask is empathy. Keep an open mind, listen — and please, stop victim blaming. #StopVictimBlaming #SilenceEndsHere #niqi #niqiarrisya #niqiboyfriend ♬ original sound – NIQI