fbpx
AHMAD ZAMRY membuat pemantauan di sekitar Segamat selepas insiden gegaran gempa bumi di daerah itu awal pagi tadi.

Gempa Segamat: 3 laporan diterima libatkan kerosakan harta benda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Sebanyak tiga laporan polis diterima melibatkan kerosakan harta benda akibat gegaran gempa bumi yang menggegarkan daerah ini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, laporan itu melibatkan kerosakan siling sebuah surau, retakan struktur rumah serta bangunan.

“Pihak polis sedia maklum mengenai kejadian gempa bumi lemah yang berlaku di daerah ini pada pukul 6.13 pagi tadi. Sehingga kenyataan ini dikeluarkan terdapat tiga laporan polis melibatkan kerosakan harta benda dan tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zamry berkata, pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan keadaan di daerah Segamat berada di dalam keadaan selamat terutamanya untuk orang awam.

Orang awam dinasihatkan untuk melaporkan sebarang insiden kecemasan yang berlaku dengan kadar segera kepada mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Segamat di talian hotline 07-9324222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI