fbpx
KTRW (jersi putih) tetap gembira dengan satu mata diraih ke atas Sabah dalam aksi Liga Super kelmarin. - THE REAL WARRIOR

Kelantan TRW anggap satu mata berharga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ASPEK konsistensi menjadi kegusaran utama buat pengendali Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC), E. Elavarasan selepas pasukannya sekadar seri tanpa jaringan dengan Sabah di Stadium Likas kelmarin.

Bagaimanapun, bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan itu percaya satu mata sudah cukup bermakna kerana ini adalah aksi di tempat lawan ketika kedua-dua pasukan berdepan kesukaran untuk menampilkan aksi terbaik.

“Adalah penting untuk kami datang ke sini dan dapatkan satu mata. Tetapi kalau bandingkan permainan dalam aksi sebelum ini, kami sebenarnya tidak dapat mengekalkan konsisten dan bagi saya kedua-dua pasukan juga bergelut.

“Namun, Sabah memiliki peluang yang lebih baik dan saya raya pemain sepatutnya mampu tunjukkan aksi yang lebih baik lagi. Tetapi kita kena ingat aksi di tempat lawan menyajikan persekitaran berbeza berbanding kalau bermain di tempat sendiri.

“Kalau ada peluang, memang nak jaringkan gol tetapi agak risau juga kalau terlalu menyerang ia akan membuka ruang kepada lawan menjaringkan gol. Apa pun memang permainan kami di babak kedua lebih baik berbanding di separuh masa pertama,” katanya.

Sementara itu, penolong jurulatih Sabah, Alto Linus menganggap pasukannya berdepan aksi sukar kerana tidak dapat menyenaraikan skuad terbaik ekoran isu kecederaan pemain.

“Kali ini kami turun dengan serba kekurangan di mana kami hilang pemain terbaik di bahagian tengah iaitu Stuart Wilkin dan Miguel Cifuentes.

“Jadi dengan ketiadaan pemain utama saya fikir seri adalah keputusan yang adil buat kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI