KETIKA wanita lain memilih untuk mendalami bidang kemahiran yang lebih sinonim dengan kaum Hawa, ia tidak bagi Nur Najma Sabrina Mohd Hairi. Dia yang mesra dengan panggilan nama Sabrina memilih untuk mengambil bidang automotif yang banyak didominasi oleh kaum lelaki dengan mengikuti Diploma Teknologi Automotif di Kolej Vokasional (KV) Ampangan di Seremban, Negeri Sembilan. Sabrina mengakui, dia minat dalam bidang itu sejak kecil dan ia banyak dipengaruhi oleh bapanya yang merupakan pemilik bengkel kenderaan berat di Seremban. “Ayah yang banyak……