fbpx
FRANK THOMPSON dikebumi dalam keranda emas. - Foto SWNS

Ahli perniagaan dikebumi dalam keranda emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang ahli perniagaan dikebumikan dalam keranda emas padu bernilai enam angka selepas diarak dengan kereta Rolls-Royce di Britain, lapor portal berita MailOnline semalam.

Frank Thompson yang meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat jangkitan dada pada 2 Julai lalu, diberikan penghormatan besar-besaran oleh keluarganya dengan berarak dan singgah di beberapa lokasi sekitar Nottingham dan Manchester.

Walaupun menyatakan bahawa ketua keluarga itu bukan seorang yang suka menunjuk-nunjuk, keluarganya turut menempah sebuah makam marmar besar yang akan mengambil masa setahun untuk dibina mengelilingi kerandanya di sebuah tanah perkuburan di selatan London.

Keranda itu telah ditempah oleh anak lelaki Thompson dari luar negara dan mengambil masa berminggu-minggu untuk tiba, menyebabkan si mati hanya dapat dikebumikan hampir sebulan selepas pemergiannya.

Mereka menambah bahawa pengebumian mewah itu bertujuan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa masih ada pengembara Gipsi yang benar-benar baik.

“Kami datang daripada latar belakang pengembara Gipsi yang besar. Dia ketua kepada sebuah keluarga besar, ‘raja’ kepada keluarganya, semua orang memandang tinggi kepadanya,” kata rakan mendiang. 

Digambarkan sebagai seorang ahli perniagaan sejati dengan penuh kebijaksanaan, Thompson akhirnya dikebumikan pada 29 Julai lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI