fbpx
PESERTA dari Sabah dan Sarawak yang hadir pada Program RXZ Members 7.0 2025 di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Orang Sabah, Sarawak pun seronok sertai Himpunan RXZ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Himpunan RXZ Members 7.0 bukan sahaja menarik minat peserta dari semenanjung, malah acara tahunan di Litar Permotoran Terengganu di Gong Badak itu turut disertai ­kira-kira 400 orang dari Sabah dan Sarawak.

Seorang peserta dari Bongawan, Sabah iaitu Zulfadli Musri, 39, berkata, seorang peserta membelanjakan RM3,500 hingga RM4,000 termasuk tiket penerbangan, minyak, penginapan serta penghantaran motosikal.

Menurutnya, jika dihitung ke­seluruhan, hampir 400 peserta dari Sabah dan Sarawak telah membelanjakan kira-kira RM1.4 juta bagi menyertai Himpunan RXZ Members kali ini, satu angka luar biasa yang menggambarkan pengorbanan demi minat terhadap motosikal dua lejang.

“Dulu kami datang tidak sampai 10 orang, hari ini (semalam) dalam 400 penunggang dari Sabah dan Sarawak berhimpun di Kuala Terengganu. Itu tanda cinta kami pada RXZ bukan main-main,” katanya di sini semalam.

Semangat sama dikongsi Abd. Manaf Haffizee Abd Mues, 34, dari Lahad Datu yang pertama kali menjejakkan kaki ke himpunan terbesar RXZ memberitahu, motosikal miliknya telah dihantar seminggu awal ke Pelabuhan Klang.

“Dari Borneo ke sini jaraknya kira-kira 1,800 kilometer. Melalui laut sahaja sudah 1,300 hingga 1,400 kilometer dan selebihnya perjalanan darat dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu kita sambung dalam 400 kilometer,” jelasnya.

Dari Sarawak, Ismawandi Kipli, 47, pula mengakui penantian untuk menyertai RXZ Members akhirnya menjadi kenyataan selepas beberapa kali tertangguh.

“Lebuh raya (LPT2) di sini berbeza, bila sampai sini, tengok puluhan ribu motor berkonvoi, rasa betul-betul luar biasa. Kalau fikir kos memang berat, tapi hobi ini bukan soal duit. Ia soal kepuasan, soal persaudaraan sesa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN