fbpx
Lebih 1,000 ahli keluarga dan kenalan hadir di Tanah Perkuburan Air Hitam, Chembong, di sini. -IHSAN SAR

Ah Beng sempat ajar isteri berdikari sebelum terlibat nahas RXZ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Lebih 1,000 ahli keluarga dan kenalan hadir di Tanah Perkuburan Air Hitam, Chembong, di sini, petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir buat salah seorang peserta Himpunan RXZ yang maut dalam kemalangan di Jalan Palong 8, di Bera, Pahang, pagi tadi.

Jenazah allahyarham Mohd Syukri Shahrudin, 33, diuruskan sepenuhnya oleh Skuad Amal Rembau (SAR) dan di bawa balik ke wakaf skuad berkenaan dari Hospital Bera untuk dimandi dan dikafankan.

Menurut pengasas SAR, Ibrahim Hamzah, 35, arwah yang dikenali Ah Beng itu sememangnya sangat disenangi masyarakat setempat serta kenalan kerana keperibadiannya yang tidak pernah berkira serta permurah.

“Arwah bekerja di sebuah institusi perbankan di Senawang. Arwah ni memang pemurah, suka belanja kawan-kawan makan. Jadi, memang ramai yang hadir membantu menguruskan jenazah arwah tadi.

“Saya sendiri pun dah lebih 20 tahun kenal arwah. Kali terakhir saya jumpa arwah tengah hari semalam di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau kerana arwah menziarahi sepupunya yang juga maut kemalangan di Seremban,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ujar Ibrahim lagi, arwah yang meninggalkan seorang isteri serta tiga anak berusia setahun hingga lapan tahun sememangnya sangat meminati motosikal RXZ sejak di bangku sekolah lagi.

“Mengikut apa yang isteri arwah ceritakan, sebelum arwah ‘pergi’ (meninggal dunia), arwah mengajar isterinya untuk berdikari. Macam hari tu, pergi ambil ‘report card’ anak, arwah suruh isterinya pergi. Selalunya, arwah yang akan pergi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang eksekutif jualan maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Jalan Palong 8, di Bera, Pahang, ketika dalam perjalanan menyertai Himpunan RXZ, pagi tadi.

Mangsa, Mohd Syukri Shahrudin, 33, beralamat di Taman Sedia Raja, Chembong, Rembau, Negeri Sembilan, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala serta tangan

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, kejadian berlaku jam 6.30 pagi ketika mangsa menunggang motosikal Yamaha RXZ dari arah Rembau menuju ke Terengganu.

“Siasatan awal mendapati mangsa sepatutnya membelok ke kanan di simpang tiga namun terus bergerak lurus sebelum melanggar tebing bahu jalan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI