fbpx
Tangkap layar video berhubung kejadian pesawat TUDM terhempas di Kuantan.

PM arah insiden pesawat TUDM malam tadi disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan berkaitan insiden membabitkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan malam tadi.

Beliau berkata, pihak berkuasa juga perlu memastikan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya diambil.

“Pihak berkuasa diminta menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian dan memastikan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya diambil,” katanya menerusi kenyataan di media sosial, hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut mendoakan agar kedua-dua anggota yang cedera diberikan kesembuhan segera.

“Saya mendoakan agar kedua-dua anggota yang cedera dipermudah segala urusan rawatan dan pemulihan,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik TUDM terlibat dalam kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang malam tadi.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.05 malam dan tindakan segera sedang diambil bagi menangani situasi berkenaan.

Kedua-dua mangsa yang belum didedahkan identiti kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN