fbpx
Tangkap layar video berhubung kejadian pesawat TUDM terhempas di Kuantan.

[VIDEO] Jet pejuang TUDM terlibat kemalangan di Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat dalam kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang malam ini.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.05 malam dan tindakan segera sedang diambil bagi menangani situasi berkenaan.

“(TUDM) memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan tersebut.

“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN