fbpx
Saifuddin pada Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri bagi bulan Ogos 2025 di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

Kanak-kanak jual bahan lucah: Polis siasat kewujudan dalang orang dewasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Polis sedang menyiasat sama ada wujud dalang atau individu dewasa di sebalik ‘perniagaan’ bahan lucah yang dilakukan oleh kanak-kanak bawah umur, baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini siasatan masih di peringkat awal dan dalangnya belum dikenal pasti.

Beliau berkata, pihaknya perlu berhati-hati dalam menyiasat kes tersebut kerana melibatkan golongan kanak-kanak dan individu bawah umur.

“Cara menguruskan kes kanak-kanak ini ada kaedahnya di mana gambar tidak boleh disiarkan dan nama tidak boleh disebut.

“Jadi, polis melalui Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) menyiasat, intipan barulah kami dapat menemui benda macam itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Kebangsaan peringkat kementerian dan perhimpunan bulanan di sini, hari ini.

Jelasnya, dalam mengendalikan kes itu, pihak berkuasa melihat semua sudut termasuk dorongan kanak-kanak berkenaan dan tahap pemikirannya kerana sanggup berbuat demikian pada usia muda.

Sebelum ini, Saifuddin dalam Dewan Rakyat mendedahkan polis berjaya membongkar ‘perniagaan’ bahan lucah menerusi aplikasi WhatsApp yang didalangi kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Jelasnya, kumpulan WhatsApp itu mempunyai 762 ahli dan mereka masing-masing merakam gambar dan bahagian tubuh masing-masing sebelum menjualnya.

Selain kes itu, Saifuddin turut mendedahkan aktiviti `swinger’ atau bertukar-tukar pasangan untuk mengadakan hubungan seks yang dikesan dalam kalangan pelajar universiti dan penjawat awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI