fbpx
Penduduk berharap kemudahan ambulans dapat disediakan di Klinik Kesihatan Jengka 22.

‘Ada yang mati sebab ambulans lambat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Ketiadaan ambulans di Klinik Kesihatan Jengka 22 selepas dilupuskan pada Februari 2020 terus menimbulkan keresahan penduduk apabila ada nyawa yang didakwa tidak dapat diselamatkan gara-gara kelewatan bantuan kecemasan.

Bekas Ketua Peneroka Felda Jengka 22, Abdul Hamid Shafie, 65, mendedahkan kejadian me­nyayat hati berlaku bulan lalu di simpang masuk ke Felda Jengka 21 melibatkan mangsa kemalangan jalan raya.

“Kami hubungi klinik kesihatan tetapi ambulans tidak datang segera, mangsa parah menunggu di tepi jalan dan akhirnya mening­gal dunia.

“Kalau ada ambulans di Kli­nik Kesihatan Jengka 22, mungkin nyawa dia boleh diselamatkan,” katanya di sini semalam.

Menurut rekod, ambulans jenis Iveco itu telah digunakan di KK Jengka 22 sejak tahun 2004, memberikan khidmat kepada lebih 40 kes kecemasan sebulan meliputi kawasan Felda Jengka 13, Jengka 21, Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 24 serta beberapa kampung seperti Kampung Gunung Senyum dan Kampung Pulau Pasir Mandi.

Bagaimanapun, atas faktor usia dan kekerapan rosak, ambulans tersebut dilupuskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Maran pada 2020 setelah kos penyelenggaraan mencecah puluhan ribu ringgit.

Abdul Hamid berkata, ketia­daan ambulans itu menyebabkan pihak klinik terpaksa bergantung kepada ambulans dari Hospital Jengka, yang terletak sejauh 23 kilometer atau kira-kira 30 minit perjalanan.

“Dalam kes kecemasan, masa sangat kritikal, lambat lima minit pun boleh jadi penentu antara hidup dan mati,” katanya.

Dalam pada itu beliau me­nyarankan agar Kementerian Kesihatan segera menilai semula keperluan ambulans baharu untuk Klinik Kesihatan Jengka 22 bagi memastikan kebajikan penduduk setempat tidak terjejas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN