fbpx
Keadaan rumah mangsa kes bunuh di USJ masih ditutup pita kuning polis.

Rumah teres lokasi kematian pelajar kolej di USJ masih ‘diseal’ polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Penduduk sekitar USJ gempar apabila sebuah rumah teres dua tingkat di USJ 2 yang menjadi lokasi kematian seorang pelajar kolej wanita diklasifikasikan sebagai kes bunuh masih ditutup dengan pita kuning polis.

Tinjauan Kosmo! di lokasi petang tadi mendapati suasana sekitar kediaman itu sepi, hanya kelihatan sebuah kenderaan jenis sedan di parkir di tepi luar rumah berkenaan.

Sementara itu, netizen di Threads turut memperkatakan mengenai kes berkenaan dengan rata-rata meluahkan rasa terkejut dan bimbang terhadap tahap keselamatan di kawasan perumahan itu.

Ada juga yang menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa serta berharap pihak polis segera menyelesaikan siasatan.

“Hari tu lalu nampak polis ramai depan rumah ni, dah syak ada kes meninggal sebab nampak trak polis yang biasa bawa mayat tu.

“Hari ini bila lalu tengok dah ada line (garisan) kuning polis, terus tahu mesti kes jenayah sampai kena ‘seal’. Seramnya, kita dekat USJ 6 je ni. Stay (tinggal) dengan keluarga ke tu?,” kata Sabhassan.

“Saya juga nampak kejadian ini semalam. Ramai betul polis, rumah itu pula betul-betul berhadapan dengan tempat saya. Ingatkan kes dadah atau sesuatu, tak sangka rupanya kes jenayah bunuh,” tulis Siran Gill.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis mengesahkan kematian seorang pelajar kolej berusia lingkungan 20-an di rumah berkenaan pada Khamis lalu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki kira-kira pukul 11.55 pagi dan pengadu memaklumkan menemui anak perempuannya dalam keadaan tergantung pada kipas di ruang tamu tingkat dua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN