NEW DELHI – Seorang kanak-kanak lelaki di negeri Meghalaya, India mengundang perhatian orang ramai apabila dia dirakam menunggang kuda ke sekolah, lapor portal berita India Today hari ini.
Rakaman video kejadian di platform Instagram oleh akaun @twinklejoanna menunjukkan budak itu menggalas bag sekolahnya sambil menunggang kuda secara santai di tepi jalan.
Selain kuda, dia juga ditemani anjing peliharaannya yang comel.
Rakaman itu mencatatkan lebih 403,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial
“Anda tidak akan jadi lebih hebat daripada dia,” kata seorang netizen.
“Dia hidup dalam impian yang diidamkan semua budak lelaki,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI