PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di tiga negeri petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk dijangka melanda Mersing dan Kota Tinggi di Johor serta beberapa tempat di Sabah dan Sarawak sehingga pukul 6 petang.
“Sarawak di Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Tebedu), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” kata kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE















