fbpx
Anwar (tiga dari kiri) ketika hadir di Karnival Usahawan Tenusu Madani Memacu Revolusi Pertanian Moden Menjana Ekonomi Rakyat di Kompleks Tenusu Farm Fresh di Taiping hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

Hubungan baik negara luar buka peluang kepada usahawan Malaysia – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LARUT – Hubungan baik Malaysia dengan negara asing dapat menyediakan peluang buat peniaga dan usahawan tempatan untuk menerokai pasaran luar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peranan negara menyelesaikan perbalahan Thailand-Kemboja baru-baru ini contoh tindakan yang menaikkan imej Malaysia.

“Apabila ada perbalahan, peperangan di antara Kemboja dengan Thailand. Susu Thailand tak boleh masuk ke Kemboja, susu Farm Fresh (syarikat Malaysia) telah masuk ke Kemboja.

“Kerana hubungan kita dengan Thailand dan Kemboja baik, beritahu bila nak bawa, buka ladang di sana, kita (kerajaan) akan bagi kerjasama sepenuhnya. Itu manfaat berkawan dengan negara-negara luar ini.

“Banyak orang kadang-kadang di Parlimen dia singgung. Tidak mengapa, kita tahu manfaatnya (berbaik dengan negara asing),” katanya semasa mengunjungi kompleks tenusu syarikat Farm Fresh sempena Karnival Usahawan Tenusu Madani di sini hari ini.

Pada hujung Julai lalu, Anwar menjadi orang tengah untuk menyelesaikan ketegangan antara dua negara berjiran itu yang hampir terjerumus ke dalam konflik peperangan akibat perebutan kawasan.

Perdana Menteri juga berkata, syarikat Malaysia kini sudah berkembang maju sekali gus menepis tanggapan dunia kononnya negara tiada kemampuan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN