KUALA LUMPUR – Wakil Liga Malaysia, Selangor FC mempunyai peluang cerah untuk mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) selepas mengelak kelab dari negara Jepun dan Korea Selatan.
Pada sesi undian yang berlangsung di Kuala Lumpur itu, selepas skuad Gergasi Merah telah diundi dalam Kumpulan G bersama kelab Thailand, Bangkok United.
Skuad kendalian Katsuhito Kinoshi itu turut diundi bertemu juara Liga Premier Singapura (SPL) yang juga naib juara ACL2 musim lalu, Lion City Sailors.
Melengkapkan Kumpulan G adalah juara Liga 1, Persib Bandung sekali gus menyaksikan empat wakil kelab Asia Tenggara dikumpulkan dalam satu kumpulan pada edisi kali ini.
Sebagai rekod, skuad Merah Kuning gagal menepati ramalan selepas terkandas di peringkat Kumpulan H siangan ACL2 musim lalu apabila gagal mengatasi dua pasukan teratas, Jeonbuk Hyundai dan Muangthong United.
Saingan peringkat kumpulan ACL2 akan bermula pada 16 September depan dengan dua kelab terbaik bakal lolos ke peringkat kalah mati. – KOSMO! ONLINE














