fbpx
Rafizi.

‘Ada yang cadang saya berehat, tapi hidup mesti diteruskan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli memilih untuk tidak berehat, malah akan meneruskan rutin dan tanggungjawabnya seperti biasa.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata demikian selepas serangan ke atas anaknya di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada Rabu lalu.

“Saya bukanlah tidak ada hati perut pentingkan politik dalam keadaan sekarang, tetapi matlamat ugutan terhadap keluarga saya ialah supaya saya putus asa dan duduk diam.

“Kalau saya tidak meneruskan rutin dan tanggungjawab seperti biasa, maka tercapailah matlamat mereka itu,” katanya dalam kenyataan di aplikasi X.

Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi itu berkata, malam ini beliau akan bersiaran dalam Podcast YBM bersama dua tetamu, iaitu YB Kak Ogy, Ahli Parlimen Ampang dan Sdr Victor, seorang aktivis pendidikan.

Jelasnya, antara isu yang akan diulas termasuklah kejadian serangan terhadap keluarga saya, ancaman budaya buli dan sebagainya.

“Jadi esok pun saya akan meneruskan Kaunter Bergerak di Pasar Pagi Taman Muda dan berjumpa penduduk Pandan macam biasa,” katanya.

Terdahulu, anak lelaki Rafizi berusia 12 tahun dicucuk dengan jarum suntikan ketika ingin memasuki kereta untuk meninggalkan pusat beli-belah kira-kira pukul 2 petang.

Semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal dengan menggunakan nombor plat palsu telah mengekori kereta isterinya.

Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti individu yang dipercayai terbabit.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI