NEW DELHI – Seorang lelaki menerima kecaman ramai selepas membiarkan anaknya membuang air kecil di landasan kereta api di India, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Kejadian dirakam di Stesen Metro Inderlok, negeri Haryana.
Rakaman video di platform X oleh akaun @TyrantOppressor menunjukkan kanak-kanak lelaki itu berdiri di tepi platform sebelum secara bersahaja membuang air kecil.
Bapa kepada budak tersebut hanya mendiamkan diri meskipun dihalang dan ditegur oleh penumpang lain.
Rakaman itu menjadi tular dan mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial.
“Manusia zaman sekarang tidak tahu beza antara perkara betul dan salah,” kata seorang netizen. – AGENSI