fbpx
GAMBAR HIASAN

Dewan Rakyat: Had keuntungan TNB kekal 7.3 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menetapkan had keuntungan yang boleh diperolehi oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tempoh tiga tahun kekal 7.3 peratus.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kadar tersebut adalah sama sejak tahun 2018 lagi.

Beliau berkata, sekiranya TNB mencatatkan keuntungan melebihi kadar yang ditetapkan, lebihan tersebut akan dipulangkan semula kepada pengguna melalui Kumpulan Wang
Industri Elektrik (KWIE).

“Selain itu, jumlah keuntungan yang ditetapkan ini adalah berpatutan dengan jumlah pelaburan yang perlu dibuat oleh TNB untuk menaik taraf dan mengukuhkan grid nasional khususnya bagi menyokong aspirasi ASEAN Power Grid (APG), pembinaan dan penyelenggaraan loji janakuasa, pemasangan meter pintar dan digitalisasi sistem tenaga, serta bagi menampung peningkatan kemasukan sumber tenaga boleh baharu untuk menyokong agenda peralihan tenaga negara.

“Oleh yang demikian, penetapan kadar keuntungan ini adalah berpatutan supaya TNB akan kekal stabil sebagai syarikat utiliti yang berupaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna serta pada masa yang sama dapat memberikan pulangan yang munasabah kepada pemegang-pemegang saham utama TNB,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian baju menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang mahu tahu jumlah keuntungan tahunan dan tambahan keuntungan yang boleh diperoleh oleh TNB selepas kenaikan tarif elektrik.

Akmal Nasrullah berkata, TNB juga telah memberikan dividen sebanyak RM15.75 bilion sejak 2018 hingga 2023 kepada syarikats-yarikat pelaburan Kerajaan (Government-Linked Investment Companies –GLICs) seperti Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI