fbpx
Anwar (kiri) dan Mohd. Nassuruddin singgah makan di kedai menjual ayam goreng milik Amir Raja Lawak di Medan Selera Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

PM, MB Kelantan singgah makan di kedai ayam goreng Amir Raja Lawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud melawat gerai ayam goreng milik Amir Raja Lawak selepas Majlis Perasmian Penutupan Program Madani Rakyat 2025 Kelantan di Medan Selera Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.

Amir atau nama sebenarnya, Mohamad Amirullah Azmi, 36, berkata, dia terkejut apabila luahannya untuk bertemu Perdana Menteri yang dibuat sekadar untuk mencuba nasib dan lebih kepada gurauan tanpa apa-apa harapan mendapat perhatian pemimpin nombor satu negara itu.

“Dalam luahan itu saya hanya menceritakan keadaan terkini saya dan tahu bahawa ada Program Madani Rakyat di stadium. Program itu di sebelah medan selera dan berharap Perdana Menteri singgah ke kedai saya. Alhamdulillah, tak sangka pulak beliau singgah. Ingatkan Perdana Menteri sahaja, tetapi Menteri Besar turut sama hadir,” katanya kepada ketika ditemui pemberita di Medan Selera Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.

Amir berkata, dia juga tidak menyangka pemimpin nombor satu negara itu turut mengikuti isu yang berlaku ke atas dirinya dan kedua-dua pemimpin turut memberikan sedikit sumbangan tunai.

Menceritakan situasi terkini serta isu tuntutan gaji tertunggak daripada sebuah stesen televisyen, Amir menegaskan bahawa ia bukan jumlah wang yang diperlukan, tetapi ia melibatkan keperluan untuk menjaga kesihatan bapanya, Azmi Deris, 60 an yang menghidap kanser usus tahap empat.

“Saya tuntut gaji tertunggak RM18,000, bukannya bantuan atau untuk bersuka-suka. Ramai cadangkan saya buka tabung sumbangan, tetapi saya enggan. Saya ada tenaga, saya lelaki dan saya mahu bekerja. Saya hanya minta hak saya. Saya mahu bantu keluarga dan bukannya untuk berfoya-foya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN