fbpx
Kuda laut yang dirampas daripada tertuduh sebelum ini.

Padah import 210 kuda laut tanpa permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Tindakan seorang pemuda warga Vietnam mengimport sebanyak 210 ekor kuda laut tanpa permit mengundang padah apabila didenda RM42,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Ahmad Fuad Othman menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, Xuan Linh, 22, yang menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Vietnam
semasa prosiding sebutan semula.

Mahkamah turut memerintahkan Linh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar selain barang kes dilucuthak kepada Kerajaan Malaysia.

Berdasarkan pertuduhan, Linh didakwa mengimport sebanyak 210 ekor (800 gram) spesies terjadual kuda laut atau Hippocampus spp tanpa permit.

Kesalahan itu dilakukan di kaunter pemeriksaan Jabatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Bangunan Terminal Utama (MTB), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 kira-kira pukul 3.30 petang pada 7 Julai lalu.

Pemuda itu seterusnya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10 Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686] dan boleh dihukum di bawah perenggan 10(a) Akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 bagi setiap haiwan, tumbuhan atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu atau dipenjarakan sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perikanan (DOF) Malaysia Akram Salehudin dan Herlina Abd. Ghani manakala tertuduh diwakili Peguam Irman Al Syaffeeq Mohd. Simin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI