fbpx
Gambar hiasan.

Suami jangan ego isteri tegur silap, itu teguran paling ikhlas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Apabila isteri tegur kesilapan kita, percayalah, dialah insan yang paling ikhlas.”

Itu antara pesanan ringkas khusus untuk lelaki yang bergelar suami.

Menerusi hantaran di media sosial menggunakan profil @Cahayamutiara, isteri adalah individu yang paling ikhlas dan jujur dalam membuat teguran berbanding insan lain.

“(Dia isteri) yang mahu lihat kita jadi suami terbaik untuk keluarga.

“Jadi jangan mudah terasa, hargailah tegurannya,” kata hantaran berkenaan.

Pesanan itu meraih perhatian orang ramai termasuk kaum lelaki yang bersetuju dengan kenyataan tersebut, malah turut berpesan supaya para suami lebih terbuka menerima teguran dan ketepikan ego.

“Bagi saya jangankan isteri, anak saya tegur yang betul pun saya terima sebab mereka nampak kesilapan saya. Jadi buat apa kita nak ego? Buang semua tu, tak guna pun tak elok ada dalam diri. Saya tak bagus pun, tapi nak jadi bagus daripada yang sebelum ini,” komen @Muhammad.

“Kalau dah ego tak ada maknanya teguran yang diberikan walaupun perkara betul,” @Rosliza Kamarudin.

“Dia akan cari silap kita balik. Buat sakit hati ja, baik buat diam saja,” ujar @Suhada Suhada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN