fbpx
 Amirudin (tiga dari kiri) menyampaikan kunci cura kepada pembeli rumah.

1,260 unit rumah Idaman Bukit Jelutong diserah kepada pembeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sebanyak 1,260 unit kediaman mampu milik Idaman Bukit Jelutong, yang dibangunkan Gagasan Nadi Cergas Berhad dengan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) sebagai rakan strategik diserahkan kepada pembeli di sini, hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek Idaman Bukit Jelutong adalah antara usaha berterusan kerajaan negeri dalam menyediakan kediaman berkualiti dan mampu milik kepada rakyat.

“Insha-Allah selepas ini pada September kita rasmikan pula di Sabak Bernam, iaitu di Taman Air Manis.

“Dengan siapnya 1,260 unit ini maknanya 6,079 unit sudah siap dan diserahkan kunci. Sebanyak 8,352 unit lagi dalam pembinaan yang mana proses pembinaan akan lengkap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Idaman Bukit Jelutong di sini.

Amirudin berkata, walaupun projek berkenaan siap lima bulan awal, proses untuk mendapatkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dan lain-lain kelulusan mengambil sedikit masa.

Jelasnya lagi, secara keseluruhan projek berkenaan siap dalam tempoh tiga tahun dengan pecah tanah dilakukan pada Ogos 2022.

Projek Idaman Bukit Jelutong terletak di tapak seluas 4.2 hektar dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM304.0 juta.

Ia merangkumi tiga blok bertingkat yang menempatkan 1,260 unit kediaman mampu milik berkeluasan 1,000 kaki persegi setiap satu, lengkap dengan perabot.

Setiap unit disediakan dua petak pakir kereta dan dilengkapi pelbagai peralatan seperti televisyen, peti sejuk, kabinet dapur, almari pakaian, pemanas air dan pendingin hawa bagi memastikan gaya hidup yang selesa dan moden untuk penghuni. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN