fbpx
Kad pengenalan milik mangsa yang ditemui bersama mayatnya di Lady Valley, wilayah Kohistan. - Omar Khan

Mayat lelaki hilang 28 tahun ditemui sempurna 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD  – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selama 28 tahun ditemui terperangkap di dalam glasier di kawasan pergunungan wilayah Kohistan, timur Pakistan, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Penemuan aneh itu dibuat oleh seorang pengembala kambing, Omar Khan di kawasan terpencil, Lady Valley pada 1 Ogos lalu. 

“Saya seperti tidak percaya kerana tubuhnya masih sempurna, bahkan pakaiannya juga tidak koyak,” kata Khan. 

Pihak berkuasa mengenal pasti identiti mayat melalui nama yang tertera pada kad pengenalan mangsa. 

Digelar ‘lelaki mumia’, mangsa dikenal pasti sebagai Naseeruddin. Dia dipercayai terjatuh ke dalam retakan glasier ketika ribut salji selepas mendaki gunung bersama abangnya, Kathiruddin pada Jun 1997. 

Pihak berkuasa sedang menjalankan ujian DNA untuk mengesahkan identiti mayat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI