fbpx
SEORANG kanak-kanak diselamatkan di sebatang jalan di Sao Paulo. - Facebook

Budak 3 tahun pakai lampin berkeliaran cari ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRASILIA – Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun diselamatkan di sebatang jalan di tenggara Brazil selepas ditemui berkeliaran sambil menangis kerana mencari ibunya. lapor portal berita MailOnline semalam.

Kanak-kanak hanya memakai lampin itu berkeliaran selepas ibunya yang berusia 19 tahun meninggalkan rumah untuk pergi berparti ketika anaknya sedang tidur.

Beberapa pekerja pembinaan yang membaiki jalan di Santo Andre, Sao Paulo melihat  kanak-kanak itu hanya memakai lampin dan segera menghubungi polis kelmarin.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan budak perempuan berkaki ayam itu tiba ke di sebuah persimpangan dan berhenti seketika apabila sebuah kereta meluncur laju pada pukul 1.31 pagi (waktu tempatan)

Dia berdiri di atas penutup lubang pembetungan sebelum cuba melintas jalan dan tiba-tiba menangis.

“Saya nak ibu saya,” katanya berulang kali.

Nenek sebelah ibu kepada kanak-kanak itu tiba di lokasi kira-kira sejam selepas cucunya ditemui.

Ibu kepada kanak-kanak itu hanya pulang ke rumah sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan) dan ditahan selepas mengaku meninggalkan anaknya untuk menghadiri parti. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI