fbpx
Mahkamah Shah Alam.

Dua beradik lari polis dengan sebotol ketum direman 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dua beradik yang ditahan bersama sebotol ketum selepas hampir sejam dikejar polis, kini direman selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Shah Alam. Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, perintah reman bermula hari ini dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali terhadap kedua-dua suspek lelaki berusia 18 dan 24 tahun.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga sepuluh ribu ringgit.

“Kes turut disiasat dibawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan gara-gara panik dikejar hampir sejam membuatkan dua beradik memandu arah kereta mereka ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sebelum ditahan bersama sebuah botol berisi dipercayai ketum, pagi tadi.

Adegan kejar kira-kira sejauh 90 kilometer itu dikatakan bermula pukul 1.30 pagi dengan kedua-dua suspek ditahan berusia 18 dan 24 tahun.

Semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN