fbpx
Anggota polis membawa tertuduh untuk didakwa atas lima pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual terhadap anak tirinya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

Penjaga stor didakwa ‘ratah’ anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang penjaga stor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual terhadap anak tirinya yang berusia 16 tahun di dalam sebuah rumah dekat sini pada Disember lalu hingga Mac tahun ini.

Tertuduh yang berusia 48 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut kelima-lima pertuduhan, tertuduh yang mempunyai hubungan amanah dengan mangsa didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun tujuh bulan di dalam sebuah rumah di sini pada Disember 2024, Februari dan Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a), Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377B dibaca bersama seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Aisyah Abdullah.

Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri tidak mencadangkan jaminan memandangkan tertuduh melakukan perbuatan yang berulang sejak tahun lalu, namun Aisyah memohon ikat jamin minimun memandangkan anak guamnya mempunyai lima anak yang masih bersekolah.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM20,000 dengan syarat tertentu selain menetapkan 8 September depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI