fbpx
Rafizi Ramli - GAMBAR HIASAN

Dewan Rakyat: Rafizi cadang persekolahan berakhir usia 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan yang juga bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mencadangkan umur persekolahan berakhir pada usia 16 tahun.

Menurut beliau, cadangan tersebut akan memberi peluang kepada anggota masyarakat untuk memasuki dunia pekerjaan pada usia lebih muda iaitu 21 tahun.

“Sekolah mesti berakhir lebih awal pada umur 16 tahun kerana kita negara menua, supaya anak-anak kita dapat menyertai sektor pekerjaan lebih awal pada umur 21 tahun,” katanya pada perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, Rafizi menggariskan beberapa `perangai’ yang perlu dibuang dalam memastikan RMK-13 berjalan dengan baik.

Kata beliau, pertama adalah menukar atau membatalkan rancangan yang telah dipersetujui sebelum ini apabila kerajaan atau menteri berganti.

Ujar beliau, RMK-13 akan berjalan lancar sekiranya tidak dijejaskan dengan sikap di depan sokong, tetapi di belakang bantah.

Beliau berkata, RMK-13 tidak akan berjaya jika sikap 20 peratus yang bekerja dan 80 peratus yang sekadar melihat terus wujud dalam kerajaan.

“Sikap yang paling biasa dalam sistem kerajaan hari ini iaitu menolak dasar atau rancangan baharu dengan alasan ia sudah pun dibuat atau sudah dirancang sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI