fbpx
RAHMAH tidak dapat menahan sebak ketika menerima sijil bagi pihak anaknya, ah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr. Mohd. Zahari Ismail di MITC, Ayer Keroh, Melaka.- - Foto Oleh AMRAN ALI /KOSMO!

‘Dulu hilang ayah dan abangnya, kini hilang dia pula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – “Dia memang teringin sangat nak naik pentas ambil sijil tapi tak sempat”. Demikian luahan pilu Rahmah Syukura Abd. Hamid, 47, ketika menerima sijil bagi pihak anaknya, Allahyarham Ahmad Fikry Yusof, 21, dalam Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Melaka 2025 di MITC, Ayer Keroh, di sini.

Allahyarham Ahmad Fikry merupakan pelajar Sijil Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti Masjid Tanah dan meninggal dunia pada Oktober tahun lalu selepas disahkan menghidap Kanser Limfoma.

Ujar Rahmah, sebelum ini dia yang bekerja di bahagian pentadbiran sebuah kilang telah kehilangan suami Yusof Abu Bakar dan anak sulungnya Ahmad Yusry Yusof akibat jangkitan Covid-19 pada 2021, sebelum Ahmad Fikry pula meninggalkannya.

“Sebenarnya, tinggal dia dengan saya saja, ayah dia dah meninggal, abang dia pun sama, tinggallah kami berdua. Sebelum dia sakit, dia dah mula bekerja, tapi doktor pun tak dapat kesan awal, akhirnya, barulah mereka sahkan arwah mendapat kanser limfoma,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, dia yang kini tinggal seorang diri masih mengingati saat arwah Ahmad Fikry memberitahu bahawa dia amat menyayanginya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI